Sabtu, 28 Ogos 2010

petua penyelengaraan kenderaan dan peminjaman kenderaan

assalamualaikum.
hari ini saya akan bercakap tentang bagaimana untuk maintainkan kenderaan anda.
iyelah,sejak 2 menjak aku masuk kolej ni,sejak 2 menjak bapak aku bagi aku pegang van nni,tergerak pulak hati aku untuk menulis tentang kenderaan ni..walaupun sbenanrnye bidang aku pesawat..


tapi sebenarnya entry ini wujud sebab aku sedikitgeram dengan member yang tak berapa pandai jaga hati member,hahahaha..

okeh sbenarnye aku ade member yang selalunya pinjam van aku,tambah-tambah lagi bulan puasa ni,diorang pinjam van aku untuk pergi berbuka puasa dimasjid(dapat makan free)..

aku okeyh je...kasik r member nak pinjam...yelah,keluarga kita kat kolej ni member2 lah..sape lagi..tambahan pula aku seolah-olah memberi makan untuk orang berbuka puasa...pahala dia sama macam orang yang sedang berpuasa tersebut..


okey sekarang ni masuk point die..point die ialah----->

(point ni adalah untuk si peminjam kenderaan dan si empunya kenderaan)

okey,bile kite pinjam barang orang,kite mesilah menjaga barang tersebut dengan baik..

1.kalau boleh isi minyak kasik penuh...barulah tuan punya kenderaan tu gembira dan senang hati bile kite pulangkan kenderaan die..dan tuan punya kenderaan tu akan tunggu pulak kite pinjam kereta die(bile lah die ni nak pinjam kereta aku lagi)
[tapi kalau van aku tu nak isi penuh memang sampai seratus lebih,so agak2 lah isi,at least tahap minyak tu same macam time kite pinjam jugak]

2.cek tayar die,kalau kempis,pergi pamkan..dekat tayar tu ade die tulis berapa psi yang patut kite isi..kalau macam van aku,ade tayar yg 300 psi,ade yang 350 psi...tapi agak2 la isi,sebab udara tayar akan mengembang sewaktu cuaca panas dan semasa perjalanan(sebab geseran antara permukaan tayar dan jalan sewaktu kenderaan berjalan)

(yang nombor 3 dan 4 ni untuk pemilik kenderaan je,yang pinjam tak payah bwat pon takpe)
3.cek air,kalau kurang,tambahkan..

4.cek minyak hitam

5.sebelum tinggalkan kenderaan,pastikan semua tingkap ditutup..(untuk pastikan tiada air hujan ataupon pencurik masuk)

okeh,stakat tu aje...

perlu diingatkan bahawa,kite pinjam kenderaan orang tu jangan la kedekut sangat nak isi minyak...owner kenderaan tu da kasi pinjam,dahla die tampung semua perbelanjaan untuk maintanence kenderaan tu...kite yang just gune je nak isi minyak pon da kedekut...ape kes dengan member2 pon nak berkira...

p/s: semoga dengan entry kali ini,pahala aku tak berkurang and kite semua dapat menjadi orang yang bertimbang rasa terhadap kengkawan..amin~

Tiada ulasan: